Petikan Hadis 40: Jangan Marah

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berilah wasiat kepadaku.Nabi SAW bersabda: "Jangan marah." Beliau mengulanginya beberapa kali dan bersabda: "Jangan marah."


Huraian: Nabi SAW memuji orang yang dapat mengendalikan hawa nafsunya ketika marah. Allah juga memuji orang yang dapat mengendalikan nafsunya ketika marah dan suka memberi maaf kepada orang lain.

Sabda baginda Rasulullah SAW lagi: "Bukanlah dikatakan orang kuat kerana dapat menumbangkan lawannya, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengendalikan hawa nafsunya di waktu marah."

Pengajaran: Dianjurkan bagi setiap Muslim memberikan nasihat yang baik. Kita hendaklah mengenal perbuatan-perbuatan yang bersifat kebajikan.Kita hendaklah sentiasa menambah wawasan ilmu yang bermanfaat.Kita dianjurkan mengulangi percakapan hingga pendengar menyedari betapa penting kedudukannya. Islam menggalakkan umatnya meninggalkan sifat pemarah. Selalulah mendapatkan nasihat. Sedikit bercakap dan banyak bekerja.